Watch “Hari Jumaat” on YouTube

Advertisements

Al Fatihah

Perjuangan Dakwahku Official:
📘 Pengetahuan Am
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة)

– Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Sampaikan Walaupun Satu Ayat
“Muhammad Ya Rasulullah ﷺ”

Perjuangan Dakwahku Official
🛡@perjuangandakwahku

#PerjuanganDakwahku
#FreeSyria